Tuesday, August 08, 2006
Promosi Guna Laman Web
Salam perkenalan dari saya untuk kandungan blog isu pertama Promosi LAMAN WEB.
Sebelum saya meneruskan dengan lebih lanjut tentang blog ini, saya hendak menerangkan serba sedikit tentang isi kandungan blog ini.
Isi kandungannya adalah berkisar kepada idea promosi dan memasarkan produk melalui LAMAN WEB bagi perniagaan produk jualan langsung. Saya akan memberikan tips yang percuma dan murah dan mudah untuk difahami. Disamping itu juga saya akan menunjukkan cara-cara lain untuk mempromosikan produk anda dengan teknik yang betul berdasarkan baget yang bersesuaian dengan perniagaan anda.
Kemudian saya akan menerangkan cara-cara untuk anda mempromosi LAMAN WEB anda, bagaimana untuk disenaraikan dalam engin carian dan direktori, bagaimana untuk menaik tarafkan LAMAN WEB anda bagi menarik ramai pengunjung dan bagaimana untuk menjual menggunakankan laman web anda serta bermacam-macam lagi.
Saya menyarankan anda untuk melawat laman web saya sekerap mungkin kerana di situ ada artikal-artikal baru yang boleh dimanafaatkan dan untuk dipraktikkan dalam membina laman web anda sendiri.
Sebelum kita membincangkan isu mempromosi laman web anda dengan lebih terperinci, satu persoalan yang perlu dijawab iaitu ADAKAH LAMAN WEB ANDA BERSEDIA? dan satu lagi persoalan yang paling penting ialah Adakah anda mempunyai LAMAN WEB sendiri?. Berbelanja untuk mempromosikan produk anda menggunakan laman web yang tidak bersedia adalah satu keputusan yang kurang bijak dan merugikan.
Jika anda tidak mempunyai LAMAN WEB lagi, itu tidak menjadi masalah. Dalam isu-isu "Bagaimana Untuk..." saya akan menerangkan cara-cara untuk membina laman web tanpa perlu mengetahui bahasa-bahasa komputer. Saya akan menjelaskan bagaimana untuk memilih "domain" dan "hosting" anda dan perkara-perkara lain seperti menerima bayaran kad kredit. Saya akan menyediakan anda dan laman web anda segala keperluan sebelum anda mempromosikan produk anda.Bersedialah untuk mengetahui rahsia dan tips tentang cara-cara membina laman web dan mempromosi serta memasarkan produk anda.
INGAT!!! "DALAM DUNIA PERNIAGAAN, TIDAK ADA GUNANYA JIKA ANDA MEMPUNYAI PRODUK TERBAIK DI DUNIA, ATAU ANDA MEMIKIRKAN SEMUA ORANG MEMERLUKAN PRODUK ANDA. WALAU APA JUA PUN PEMIKIRAN ANDA, JIKA ANDA GAGAL MENJUAL, ANDA TETAP SEORANG YANG GAGAL" - Kata-kata dari Donald Trump yang dipetik dari rancagan realiti TV popular "The Apprentice".
Sehingga ketemu di keluaran yang akan datang.
Thursday, August 03, 2006
Promosi Dan Pemasaran Serentak
"Bolehkah Anda Melakukan Promosi dan Pemasaran Secara Serentak?"
Apa itu promosi ?
Apa itu pemasaran ?
Promosi boleh dilakukan tanpa produk manakala Pemasaran perlu mempunyai satu produk untuk dipasarkan - Kedua-duanya boleh anda lakukan serentak jika anda mempunyai laman web!
Bayangkan keberkesanan perniagaan anda yang mempunyai produk yang hangat dipasaran dan dibantu oleh laman web yang boleh melakukan promosi dan pemasaran untuk anda.
"Dengan adanya laman web, promosi dan pemasaran dapat digabungkan dan tentunya memberikan impak yang besar kepada jualan produk anda."
Antara rasionalnya mempunyai laman web untuk promosi dan pemasaran?
1. Menjimatkan kos.
2. Boleh dilakukan sendirian.
3. Menjimatkan masa dan tenaga.
4. Bersifat global dan tak terbatas kepada faktor geografi atau sempadan.
5. 1001 cara dan teknik promosi dan pemasaran dapat anda pelbagaikan dan bermacam lagi….
Subscribe to:
Posts (Atom)