Salah satu cara untuk mempromosi produk dan perkhidmatan anda adalah menggunakan blog. Kebiasaannya blog digunakan untuk memberi maklumat dan pendapat tentang sesuatu topik.
Pilih topik yang anda rasa bersesuaian dengan produk atau perkhidmatan yang anda ingin promosikan. Anda tidak boleh terus mempromosi tanpa terlebih dahulu menarik minat pembaca tentang topik yang anda ingin sampaikan.
Pembaca blog tidak akan datang secara berterusan sekiranya anda hanya ingin mempromosi produk dan perkhidmatan anda semata-mata. Anda mesti 'educate' pembaca secara halus dengan topic yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan anda.
Setelah anda rasa ramai pembaca datang ke blog anda serta memberi komen tentang topik yang anda sampaikan, barulah anda sedikit demi sedikit menyelitkan produk/perkhidmatan yang anda ingin promosikan.
Wednesday, April 11, 2007
Subscribe to:
Posts (Atom)