Sunday, July 08, 2007

Gerak Usahawan Nasional 2007


Tema : Pengembangan Dan Pemantapan Rantaian
Tarikh : 25 - 26 Ogos
Masa : 9.00 pagi - 6.00 petang
Tempat : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)Kuala Lumpur
Di Rasmikan : Y.A.B. Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi(Perdana Menteri Malaysia)


Usahawan, Bakal Usahawan, Siswazah, Pesara dan orang ramai dijemput menyertai program ini.


Sesi Klinik dan Konsultansi:


Ianya merupakan sesi bagi pengunjung mendapatkan maklumat terperinci, khidmat nasihat, bimbingan secara personal serta menyelesaikan masalah mereka dengan agensi yang berkaitan. Setiap bahagian dan agensi yang mengambil bahagian akan menugaskan pegawai mereka untuk melayan pengunjung yang memerlukan perkhidmatan di booth mereka. Satu ruang runding cara yang bersesuaian akan disediakan untuk tujuan tersebut. Pada masa yang sama mereka dapat mempromosikan program dan aktiviti mereka kepada umum.

Bengkel-bengkel semasa Gerak Usahawan Nasional:
1. Bengkel "Strategi Pemasaran & Promosi Yang Berkesan Dan Kos Efektif"
2. Bengkel "Peluang Perniagaan: Contract Farming & Contract Manufacturing"
3. Bengkel "Melipatkangandakan Keuntungan Melalui Peningkatan Produk"
4. Bengkel "Sumber-sumber Pembiayaan Memula dan Mengembangkan Perniagaan"
5. Peluang-Peluang Perniagaan Melalui Koperasi
6. Sesi Bersama Tokoh Usahawan Ternama
7. Sesi Bersama Dr. Irfan Khairi

Syarikat-syarikat yang ingin mencari pengedar, stokis atau ejen perniagaan sertailah sebagai pemamer.

Tempat Adalah Terhad.Berdasarkan, Siapa Cepat Dia Dapat