Wednesday, April 11, 2007

Mengapa Promosi Guna Blog Anda Gagal?

Salah satu cara untuk mempromosi produk dan perkhidmatan anda adalah menggunakan blog. Kebiasaannya blog digunakan untuk memberi maklumat dan pendapat tentang sesuatu topik.

Pilih topik yang anda rasa bersesuaian dengan produk atau perkhidmatan yang anda ingin promosikan. Anda tidak boleh terus mempromosi tanpa terlebih dahulu menarik minat pembaca tentang topik yang anda ingin sampaikan.

Pembaca blog tidak akan datang secara berterusan sekiranya anda hanya ingin mempromosi produk dan perkhidmatan anda semata-mata. Anda mesti 'educate' pembaca secara halus dengan topic yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan anda.

Setelah anda rasa ramai pembaca datang ke blog anda serta memberi komen tentang topik yang anda sampaikan, barulah anda sedikit demi sedikit menyelitkan produk/perkhidmatan yang anda ingin promosikan.






2 comments:

Zool Blogger said...

Hm..
camner pula kita nak promosi blog kita secara berkesan agar selalu dilawati oleh pengunjung terutama pengunjung tetap.??
Nie 2 blog yang saya buat
http://ligakampung.blogspot.com
http://mangatoread.blogspot.com
walaupun kedua2nya bukan pasal bisnes tapi saya amat berharap blog2 nie dapat dilawati oleh penggemar katun jepun dan bolasepak...
Bolehkah encik memberikan tips2 untuk blog nie lebih berkesan??

Zool Blogger said...

terima kasih kerana memberi maklumat2 penting untuk saya mempromosikan blog2 saya...
mana tau boleh terkenal kot satu dunia..
He he he....